Penulisan Artikel
Minat menulis?
Bagaimana untuk dapatkan tarikkan pembaca ataupun penulisan yang ringkas dan padat? Paling penting apa yang kita tulis sampai kepada pembaca ke?
Gunakan formula ini: -
- Tajuk
- Pendahuluan
- 3 isi kandungan
- Penutup
- CTA (Call to action)
Tajuk boleh gunakan tajuk yang dapat menarik minat pembaca. Contohnya, tajuk berbentuk soalan dan ayat penyata yang dapat menimbulkan persoalan kepada pembaca untuk teruskan pembacaan.
Pendahuluan yang ditulis mestilah untuk memberi gambaran awal kepada pembaca berkenaan dengan artikel yang ditulis agar pembaca tahu artikel tersebut bekenaan dengan minat atau tajuk yang dicari.
3 isi kandungan fokus kepada 3 fakta penting yang ingin disampaikan dalam artikel tersebut supaya pembaca dapat mengikuti penulisan dengan baik dan faham tentang penulisan kita.
Penutup boleh menceritakan pendapat kita tentang artikel tersebut. Contohnya, pendapat kita tentang produk atau perkhidmatan yang kita tulis dalam artikel tersebut.
CTA merujuk kepada call to action kerana pada akhir penulisan kita akan menggesa atau menarik minat pembaca kepada apa yang kita cuba lakukan dalam artikel tersebut.
Menarik ya?
Kami ada menawarkan online consultation dan juga E-Book Perniagaan dengan free gift boleh WhatsApp +6011 6963 9298


Comments
Post a Comment